Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Sunday, February 2, 2014

SUDUT POSITIF DISEBALIK TAHUN KUDA

Salam rakan-rakan blogger..

Selepas mizzi make over blog, langsung menyepi kn.. hehe.. bese la lumrah seorang student.. camni la.. asyik hilang dan busy je.. bru je abis exam tempoh hari then sambung ngan program-program persatuan.. Skang ni Tahun Baru Cina ni baru la start cuti.. tengah cuti sem skang ni..

so permulaan cuti dengan tahun baru cina ni, tahun ni tahun kuda kan.. mengikut kebudayaan cina, kuda melambangkan kebangsawanan, kecepatan, ketangkasan dan ketekunan. Mereka melihat orang yang lahir pada tahun kuda ini adalah mereka yang pintar, bertutur kata luar biasa dan mempunyai keupayaan dan bakat untuk mempengaruhi orang lain untuk mendapatkan sesuatu.

Pada tahun 2014, kebudayaan cina meletakkan orang-orang yang lahir pada tahun kuda mampu memberi idea-idea kreatif dan inovatif terutama dalam bidang kerja masing-masing. dengan berbekalkan idea-idea kreatif, masa depan orang-orang yang lahir pada tahun kuda dilihat boleh mencapai masa depan yang cerah.

Dalam kebudayaan cina juga, kewangan orang-orang lahir pada tahun kuda bakal stabil jika pandai menguruskan kewangan dengan baik. kerana orang yang lahir pada tahun kuda dilihat kejayaan nya mudah datang dan mudah pergi. maka menabunglah sebaik mungkin agar perkara sebegini tidak akan berlaku..

bagi mahasiswa dan pelajar pula, dilihat tahun ini perlu lebih tekun dan fokus dalam pembelajaran kerana banyak anasir-anasir luar yang bakal menganggu gugat pembelajran mahasiswa. orang yang lahir tahun kuda dilihat mudah terpengaruh dengan sosial dan dunia luar sehingga mampu mengganggu pembelajaran

Mizzi melihat perkara ini dengan positif. kepada seluruh pembaca, marilah kita melihat perkara ini ke arah positif. bukan untuk kita mempercayai kebudayaan ini tetapi untuk kita belajar dan ambil ia sebagai satu titik tolak kejayaan kita. Kepada umat islam, memang benar segala-galanya ditentukaan Allah tetapi sudut positif kebudayaan mereka ini sebenarnya mampu membawa kita ke arah kejayaan yang kita mahukan.

kalau kita letakkan sifat2 kecepatan, ketangkasan, ketekunan, berusaha kearah kepintaran diri, bertutur dengan lebih baik, kita pasti akan disegani orang sekeliling. Kita perkuatkan idea kreatif dan inovatif kita, kita perbetulkan cara pengurusan kewangan kita dan kita fokus pada pelajaran kita, percayalah kita mampu mencapai kejayaan kita.

Bagi mizzi, perkara ini bukan saja perlu dilihat oleh mereka yang lahir pada tahun kuda sahaja tetapi semua perlu lihat sudut positif untuk kebaikan dan kejayaan masing-masing.

Thursday, October 17, 2013

PERCATURAN HARUS TEPAT, LANGKAH HARUS BIJAK !!

Dah lama rasanya tak dapat kemaskini blog ni.. bukan apa, cuma kebelakangan ini banyak perkara harus diselesaikan. Banyak perkara sebenarnya menjadi perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. terutama dalam kita menjaga langkah dan percaturan kita.

Alhamdulillah beberapa perancangan dan percaturan yang telah berjaya dilaksanakan. dan ada beberapa lagi perancangan yang perlu dipastikan ia berjaya. Percaturan kita dalam sesuatu perkara itu haruslah kita pegang dan pastikan ia berjaya. Langkah kita dalam memastikan percaturan kita tepat pada apa yang kita rancang haruslah langkah yang bijak yang sebenarnya mampu membawa kita ke landasan yang kita telah cuba bina melalui percaturan kita.

Usaha amat penting dan langkah kita adalah usaha yang kita perlu jaga. orang kata kalau berusaha terhadap sesuatu perkara, biarlah sehingga kita mencapai apa yang kita mahukan. "Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang", " Alang-Alang Meyeluk Perkasam, Biar Sampai ke Pangkal Lengan".

Dalam kita melangkah ke arah sesuatu perkara, jangan sesekali kita berputus asa. selagi kita mampu, kita harus terus dengan percaturan kita. Percaturan biarlah tepat, langkah biarlah bijak.

Ingatlah
"Patah SAYAP bertongkat PARUH, Patah PARUH bertongkat SIKU, Patah SIKU bertongkat DAGU, Patah DAGU bertongkat KUKU"

Thursday, September 26, 2013

AMANAH SEBUAH KEPERCAYAAN !!!

Maaf sekiranya sedikit terlewat mengemaskini blog ini. Biasalah terlalu banyak amanah yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Amanah memang sangat besar dan memberi bebanan kepada kita. tetapi kita berhak untuk menerima atau menolaknya. Sekali kita sudah menerimanya, maka harus kita pegang sehingga selesai kesemuanya.

Tetapi hari ini, ramai antara kita tidak sedar bahawa amanah itu adalah sebuah KEPERCAYAAN orang lain terhadap kita. Bila perkara itu tidak difikirkan dengan baik, sebab itulah amanah sering dikorbankan. Ramai antara kita yang sering pecah amanah sedangkan mereka tahu bahawa mereka menerima amanah daripada mereka yang betul-betul mempercayainya sehingga kan "Pesan Tak Berturuti, Petaruh Tak Berhunyikan".

Sedar atau tidak, pecah amanah ini sebenarnya sebuah kelakuan yang sangat tidak boleh diterima. Janganlah kita membuat mereka yang mempercayai kita ini merasakan seperti "Telunjuk Mencocok Mata, Pancing Makan Umpan, Pagar Makan Padi, Sokong Membawa Rebah".

Ramai yang tidak mengetahui bahawa "Sekali Lancung Keujian, Seumur Hidup Orang Tak Percaya", sekali kita membuat sesuatu kelakuan yang tidak baik, selama kita hidup pasti ada yang tidak akan mempercayai kita. Apatah lagi bila kita bermain dengan urusan AMANAH ini. betapa besar nya sesebuah kepercayaan seseorang itu dalam memberikan amanah untuk kita pegang dan jaga dengan baiknya.

Berpeganglah kepada amanah yang diberikan. Janganlah kita jadikan ia sebagai sebuah barang mainan untuk kita hancurkan kepercayaan yang telah mereka serahkan. Sedarlah akan kemampuan diri yang telah Allah kurniakan. Sekiranya tidak mampu memegang sesebuah amanah itu, maka berkata benarlah agar suatu hari nanti perbuatan kita tidak menghampakan. Bukan sahaja menghampakan diri kita tetapi juga seluruh kenalan dan mereka yang memberikan kepercayaan.

Janganlah kita membuat kesilapan dan "Jangan Menyuruh Kapak Menyelam Beliung".

Friday, September 20, 2013

JANJI YANG DI KHIANATI !!

"Beralih Kain di Balik Rumah, Beralih Cakap di Balik Lidah"

Betul ke apa yang dimaksudkan dengan maksud yang disampaikan di sebalik peribahasa ini?
Itulah masalah manusia hari ini. JANJI di ibarat sebagai bahan mainan. Janji dijadikan bahan gurauan. Janji dimungkiri, perhubungan dikhianati.

ramai hari ini dalam kalangan kita yang "Murah di Mulut, Mahal di Timbangannya", "Kata Tidak Dipegangnya, Janji Tidak Ditepatinya". Penceraian menjadi pengakhiran, persaudaraan bermusuh-musuhan, persahabatan tiada kekalan. Sedar atau tidak ini berpunca daripada JANJI YANG DIKHIANATI.

Sedar atau tidak.. "Titian Biasa Lapuk, Janji Biasa Mungkir" . mereka yang sering memungkiri janji ini bila sampai waktu nya, tidak ramai lagi yang mampu mempercayai kata-katanya. menjadi permasalahan kerana segelintir mereka ini sebenarnya mampu memburukkan keadaan yang telah kita bina dengan baik.

Beringatlah "Adat Diisi, Janji Dilabuh", "Ya Sepanjang Hari, Janji Sepanjang Jalan".

Ada pepatah mengatakan "Kerbau Dipegang Pada talinya, Manusia Dipegang Pada janjinya". apa yang boleh dikatakan, mereka yang memungkiri dan mengkhianati janji, barangkali KERBAU lebih baik daripada mereka. Bukan saya kata, pepatah ini yang mengatakannya.

Berpeganglah pada janji. sekiranya kita sudah tidak mampu berpegang pada janji yang kita ungkapi, berterus teranglah agar mereka tidak merasa dikhianati. Jangan biarkan mereka mengetahui nya sendiri kerana itu mampu menyakiti. keadaan itu sebenarnya keadaan yang sangat dibenci.

"Kata Dulu Bertepati, Kata Kemudian Berceraian".

Saturday, September 7, 2013

ERTI SEBUAH MATLAMAT

Salam.. Akhir nya dapat juga update blog ni.. Bukan mudah untuk kita mengurus masa dalam perjalanan kehidupan kita dengan keadaan yang tidak mengizinkan ini..

Begitu juga dalam menguruskan perjalanan kita dalam menempuh segalanya demi mencapai MATLAMAT yang kita cipta. Bukan mudah untuk kita mencapai sesebuah matlamat dengan jayanya. Dalam kita mencapai matlamat, PENGORBANAN amatlah penting dalam perjuangan ke arah matlamat yang kita sendiri cipta.
Tetapi, pengorbanan itu bukanlah pengorbanan yang tiada had nya. Ingat, dalam pengorbanan perlu juga ada sempadan di mana sempadan itu membawa makna yang halal dan haram. Maruah perlu dijaga dalam pengorbanan yang kita lakukan kerana "Matlamat Tidak Menghalalkan Cara".

Saya ada terbaca beberapa Teori Pengurusan di mana matlamat yang kita ingin capai itu haruslah 'S.M.A.R.T'

Specific
Measureable
Achievable
Relevant
Time-lined

ACHIEVABLE :
Matlamat yang kita tetapkan itu haruslah matlamat yang datangnya dengan KEYAKINAN dan mampu untuk kita capai. Keadaan yang memaksa adakalanya membuatkan kita meletakkan sesuatu matlamat yang terlalu tinggi buat kita.. tidak perlulah kita mengimpikan gunung dan langit, bulan dan bintang jika kita tidak mampu menggapainya.
Bukan tidak boleh tetapi takut nanti "Buah Masak Tergantung Tinggi; Akan Dijolok Penggalah Singkat, Akan Ditingkat Batangnya Licin"

Biarlah apa yang kita impikan itu sesuatu yang realistik. kerana risau bila kita mengejar sesuatu adakalanya kita terlepas sesuatu. Kata orang lama "Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran".

TIME-LINED :
Matlamat kita haruslah sesuatu yang punya jangka masa. sama ada jangka masa perjalanan kita ke arah capainya matlamat itu atau jangka masa kita menunggu tercapainya matlamat itu.. kerana apa menunggu? kerana adakala nya, bukan kita yang menetapkan jangka masa itu, tetapi matlamat itu sendiri yang menetapkan jangka masanya.

Sebab itulah dalam kita melangkah arus ke arah matlamat, perlu ada KESETIAAN dan KESABARAN. Kesetiaan kita mmenunggu itu sangat penting dalam perjuangan mencapai matlamat kita. Dalam kesetiaan kita, pasti ada liku-liku dan cabaran yang mendatangi kita.

maka di sini datang dan perlu nya kesabaran dalam perjalanan kita. Kita perlu faham perjalanan kita mencapai sesebuah matlamat itu "Seperti Kain Kasa di Atas Duri". Jika hendakkan kain itu, maka harus bersabar dan berhati-hati dalam percaturannya.

Ingat "Sabar Penghilang Penat, Tekun Pembawa Dekat".

Friday, August 23, 2013

JAGA MULUT, JAGA HATI !!

salam..

hari ini tergerak hati nak update blog ini. dalam kehidupan adakala kita sering bertindak mengikut emosi. tetapi sedar atau tidak perkara itu selalu membawa kita ke arah yang tidak baik.. begitu juga dengan percakapan kita. adakah kita bercakap selama ini tidak menguris hati sesiapa?

Entry kali ini nak mengingatkan diri sendiri dan semua yang membaca.. dalam kita melontarkan kata-kata, berfikirlah dahulu agar tidak ada pihak yang akan terasa. kalau kita mahu menegur, biarlah kena pada caranya."Berkata Siang Melihat-lihat,Berkata Malam Mendengar-dengar"

Ingat "Bercakap Memandang-mandang, Silap Lidah Jiwa Hilang" , "Sebab Mulut Leher Terjerat"

Inilah keadaan manusia zaman sekarang. cakap suka lepas. tidak memikirkan tentang sensitiviti orang lain. Ada perkara kita perlu ambil serius dan tidak menjadikan ia sebagai bahan tawa kita. kerana hati manusia sangat rapuh

Tapi saya tak faham kenapa perlu ada manusia yang "Bertanam Tebu di Mulut, Bertanam Halia di Hati". Manusia seperti ini sangat bahaya dalam masyarakat hari ini.. Hari ini susah nak mencari orang2 yang memegang prinsip "Biar Salah Kain, Jangan Salah Mulut".

Fikir-fikirkanlah !!! "Buka Mata Pasang Telinga, Tutup Mulut Simpan di Hati"

Tuesday, August 20, 2013

IKATAN SILATURRAHIM JANGAN DIPUTUSKAN !!

lama rasanya tak update blog ni.. saja mem'busy'kan diri dengan urusan2 kerja.. keadaan adakalanya memaksa kita menyempurnakan apa yang sudah kita mulakan. selagi kita ikhlas, selagi itu lah kita mampu mengharunginya.

Begitu juga dengan persaudaraan, ikatan silaturrahim, hubungan antara kita., selagi kita ikhlas dalam perhubungan, pasti ikatan kita terus terikat. Cuma adakala nya ada pihak ketiga yang cuba membuka ikatan yang terjalin itu..

Sebenarnya entry kali ini nak mengingatkan saya supaya jangan sesekali kita memutuskan hubungan seseorang. tidak elok kita menjadi kawan atau manusia yang ada agenda "Berpatah Arang, Berkerat Rotan".

Dalam kehidupan ini, tidak ada perhubungan yang boleh dikatakan seakan "Adat Tiada Bertukar, Rahsia Tidak Berubah".. Tipu jika ada perhubungan dalam dunia yang sebegini rupa. ingat, "Sedangkan Lidah Lagi Tergigit".

sejujurnya saya juga merasakan pernah menjadi manusia pihak ketiga yang hina ini. cuma beza nya dalam sedar atau tidak. Sekiranya adanya saya menjadi penghalang perhubungan seseorang, saya sanggup berundur. kerana kita harus faham dan bayangkan, sekiranya kita menjadi pemutus hubungan seseorang adakah kita fikir tentang perasaan salah seorang daripada mereka. mungkin TERSEKSA hidup..

Ingat "Bekas Tertarung Lagi Terkenang, Apa Pula Hubungan Nyawa"

Wednesday, August 7, 2013

RAYA : SALAM AIDILFITRI !!!!

Post untuk kali ini sebenarnya untuk ucap selamat hari raya.. saja post awal sebab malam nanti sure masing2 pun busy dengan hal masing2 kan.. rasanya dah ok nak wish sekarang kan.. huhu..

Rakan2 penyeri hati, ambillah peluang di hari raya ini untuk kita bermaaf-maafan di antara kita. sepanjang setahun hanya dua kali kita bermaaf-maafan antara kita. itu pun kalau kita nak. tak salah kita memohon maaf atas kesalahan kita dan tak salah kita memaafkan orang lain.

Kita sering lupa yang kita pernah lakukan kesalahan. kita juga sering suka melihat kesalahan orang lain daripada kesalahan kita. "Langit Dapat Dilukis, Sudut Kambut Diserayakan".

"A Bad Shearer Never Had A Good Sickle". Sedar atau tidak, itulah sebenarnya kita. hari ini marilah kita menundukkan diri dan memikirkan tentang kesalahan kita. Tak salah kita memohon maaf kepada seluruh kenalan kita. even kita tidak ada salah yang kita jelas atau nampak, kita mohon la juga kemaafan. tidak ada apa yang kita perlu sombongkan diri atau malu untuk memohon maaf. Ingat "Takkan Bernanah Sebelum Bengkak". Percayalah, kita harus mohon maaf atas segala kesalahan yang kita lakukan kepada orang lain.

Sebanyak mana kebaikan yang kita lakukan, orang tidak akan hormat kita kalau satu kesalahan yang kita lakukan tetapi sombong untuk memohon maaf atas kesalahan kita. "Kemarau Setahun Rosak oleh Hujan Sepagi".

Bak kata Pepatah "Sesat Surut, Terlangkah Kembali".

MIZZI IFWAT mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. Sekiranya ada silap dan salah sepanjang perkenalan kita semua, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada kalian semua..

SALAM AIDILFITRI !!!

Tuesday, August 6, 2013

MUZIKAL JALANAN : SEKADAR PERKONGSIAN

sebenarnya, dah lama ada account muzikal jalanan ni.. tapi macam x banyak sebenarnya video yang boleh dikongsikan bersama.. so just tengok la video bawah ni..

Video ni dapat masa tengah makan kat salah sebuah restoran dekat area Jalan Tuanku Abdul Rahman.. Tengah syok2 makan, dengar ade orang nyanyi.. cepat2 abis makan then keluar tengok.. this video bukan untuk promote this person tapi sekadar perkongsian.

Sorry tak dapat amik full dari awal.. ni je yang sempat rakam ari tu.. Suara tolak tepi.. but suara dia ok gak. suka sebenarnya tengok dia main gitar.

Kalau kita lihat, muzikal jalanan ini lebih baik sebenarnya dari sesetengah penyanyi dan penggiat muzikal komersial yang kita selalu tonton di TV..
Cara dia menyampaikan, passion dalam menghiburkan orang, keikhlasan dalam mencari rezeki itu susah untuk kita jumpa hari ini. Hari ini ramai yang mengejar populariti.Keadaan itu membuatkan keikhlasan kita dalam menghiburkan orang semakin menipis.

Bangga melihat muzikal jalanan ini, mereka merasakan rezeki ada di mana-mana. "Ada Batang Mati, Adalah Cendawan Tumbuh".
Tapi bagi mereka di dunia muzikal jalanan ini, mencari sesuap nasi bukan mudah.. Bak kata pepatah "Hempas Tulang, Berisi Perut"..

Yang paling penting rezeki yang dicari itu, rezeki yang halal. tambahan pula memberikan hiburan kepada orang lain.. adakala kita terdesak dalam mencari sedikit wang sehingga kita lalai dalam melihat mana datangnya rezeki yang kita peroleh.. halal haram ditolak tepi atas desakan hidup yang kita harus lalui..

Ingat "Jangan Memangku Ayam Jantan, Baik Memangku Ayam Betina"

Saturday, August 3, 2013

SATU PERMULAAN, BUKAN PENGAKHIRAN

Alhamdulillah everything is beyond my expectation.. Mood become better and better..

Apa yang kita peroleh hari ini janganlah kita jadikan ia sebagai satu pengakhiran walaupun apa yang kita peroleh itu sesuatu yang buruk. Apa yang kita peroleh hari ini sebenarnya sebuah permulaan yang sepatutnya kita gunakan.

Sekiranya apa yang kita peroleh itu tersasar dari landasan yang kita bina, maka kita harus jadikan ia sebagai satu permulaan yang sama ada permulaan yang mampu membawa kembali kita ke landasan yang di bina atau permulaan yang baru di atas landasan yang baru.

Apa yang kita peroleh hari ini bukan untuk kita menjadi lemah. jangan kita menjadi seperti orang yang "Ditempuh Nyamuk Terbalik, Ditindih Lalat Tidak Berbangkit". Kita harus bangkit dan mula kan permulaan kita.

Memang benar adakala kita meletakkan sesuatu yang kita peroleh itu sebagai titik noktah kepada kehidupan dan perjalanan kita.
Tetapi,
Titik noktah sebenarnya bukanlah perhentian terakhir kita. dalam sesebuah ayat, memang titik noktah menjadi penanda berhenti nya sesebuah ayat. tetapi kita perlu paham bahawa titik noktah juga menjadi indicator kepada permulaan ayat baru. Cuma bezanya adakah ayat baru itu ayat kesinambungan kepada ayat sebelum atau sebuah ayat baru yang membuka penceritaan baru.

Apa pun yang kita peroleh, kita harus mula kembali.. tanpa permulaan, kita tidak mampu mencapai apa yang kita mahukan. Jika bukan hari ini, mungkin esok. tetapi ia pasti hadir.

Ingat, "We Don't Have To Be Great To Start, But We Have To Start To Be Great".

inilah sebenarnya pilihan yang kita harus lakukan. Sekiranya apa yang diperoleh itu bukan apa yang kita mahu, maka itu bukan alasan untuk kita berhenti atau meneruskan apa yang telah kita rancang dan bina. Apa yang kita peroleh itu merupakan pembakar semangat dan titik permulaan kita dalam mencapai apa yang diingini.

Friday, August 2, 2013

MENANTI DETIK2 12MLM

macam dah nak merdeka plak title nye kn.. haha..

Mungkin detik itu adalah satu detik kemerdekaan buat mizzi... mungkin juga detik yang menjatuhkan mizzi.. segalanya adalah detik 12mlm ini..

kenapa?
detik ini adalah detik RESULT sem akhir mizzi keluar... arghh !! STRESS!!!!
dah mula rasa tak senang duduk, bak kata pepatah mandi x basah, tidur x lena.. makan tak boleh sebab puasa..harus lapar. haha

untuk result sem akhir mizzi ni, mizzi tidak meletakkan harapan and expectation yang tinggi.. dean list pun mizzi rasa tak mampu nak capai untuk kali ini..

"Expectation is something that we think we can achieve it. if the result is beyond our expectation, that what we called bonus."

serius mizzi memang tak meletakkan harapan setinggi gunung, sekadar meletakkan harapan di mana CGPA mizzi tidak akan jatuh.. CGPA sekarang dah cukup2 makan untuk mizzi teruskan masa depan.. harap result kali ini mampu membawa mizzi ke arah hala tuju yang telah mizzi rancang.

perancangan sudah cukup rapi, keputusan sem akhir ini ketentuanNya. Segala yang dirancang telah ditentukan olehNya. Kita hanya mampu berdoa dan menerima. Sekiranya apa yang kita peroleh menyimpang dari landasan perancangan kita, maka kita perlu cari penyelesaian sama ada mengembalikan ke landasan yang dirancang atau menukar landasan dengan perancangan yang baru.

"KITA HANYA MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKANNYA"

Itulah yang dinamakan dengan kehidupan. kehidupan adalah pilihan. setiap pergerakan dan keputusan kita mencerminkan pilihan kita.

Doakan result mizzi yang akan kuar jam 12 nanti OK tau...