Sunday, March 3, 2013

BISIKAN HATI: PERIT KEHIDUPAN !!!!


Kehidupan hari ini bukan lagi seindah kehidupan dulu bagai pelangi mewarnai kebiruan langit disamping kewujudan awan.. kehidupan sementara kini yang makin tercemar dengan asap kehitaman yang menutupi keceriaan hari-hari kita dalam kehidupan..

kehidupan yang hari ini seorang murid dan guru menjadi bahan gurauan, sahabat rapat bermusuh-musuhan, sedarah sedaging menjadi lawan, anak ibu bapa bermaki-makian..

tidak seindah dulu...

Nikmat yang dikurniakan hari ini seharusnya dipanjatkan kesyukuran.. apa yang diperoleh ini hanya sementara dan bukan menjadi milik kita selamanya dan juga bukan sekadar hiburan..

Hubungan sesama kita harus dipertahan.. jangan kita memisahkan silaturahim yang kita satukan.. jangan juga menjadi pemutus silaturahim orang lain yang sudah diikatkan..

Ingatlah, jika kita tidak menjaga kehidupan hari ini, kehilangannya suatu hari nanti jangan dikesalkan kerana penyesalan tiada pendapatan..

kehilangan kurniaan NYA suatu hari nanti bukan sahaja umpama nasi sudah menjadi bubur, bahkan bubur juga sudah basi dimamah dah dimakan virus-virus kehinaan..

Kehidupan sementara dan musafir di dunia ini harus dijadikan pegangan.. agar kita sedar akan kesilapan yang kita lakukan. kesilapan bukan untuk kita terus lakukan, tetapi untuk kita belajar demi kehidupan masa hadapan.

sesungguhnya kehidupan hari ini jadikan ia sebagai jalan kemuliaan yang mampu memberikan kehidupan yang seindah yang kita idamkan.

bisikan hati ini hanya satu nukilan.. tidak mencerminkan mana-mana kehidupan rakan dan kenalan.. hati berbisik untuk memberikan sedikit pandangan.. pandangan yang tidak hebat dan hanya untuk memberikan sedikit santapan... santapan yang mampu menjadi penggerak pemikiran..

wuallahualam... sekian...