Saturday, July 26, 2014

Ramadhan Mencabar Menantikan Aidilfitri Bermakna

Ramadhan tahun ini amat mencabar bagi mizzi. setiap hari terpaksa melalui keadaan yang tidak diingini. Keadaan usus yang tidak baik menyebabkan puasa tahun ini amat mencabar.

Dahulunya semasa 17 tahun betul-betul hampir sebelum SPM, mizzi mengalami masalah kesihatan yang melibatkan usus.. Usus membengkak sehingga mengalami masalah untuk berjalan. Mulai hari itulah, makanan dan masa makan perlu dijaga.. ditambah pula dengan masalah gastrik. silap makan, lambat makan pasti akan menjadi masalah kepada mizzi.

Walau bagaimanapun, alhamdulillah puasa tahun ini masih dapat dijalankan dan dilalui dengan baik. Mizzi harap, sahabat-sahabat pembaca semua melalui ramadhan dengan sempurna. sekarang semakin hampir ke penghujungnya. kini tinggal sehari dua sahaja lagi. Semoga usaha kita dan amal kita diberkati ALLAH.

***

agak-agak dah tua nanti izzi camni ke ek? haha.. Inshaa Allah kita akan menyusuri bulan Syawal. Oleh itu mizzi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir & Batin..

Harap ucapan ini tak awal sangat. Ucap awal ni sebab takut malam raya busy. jadi risau tak dapat nak kemaskini blog ni. so semoga syawal tahun ini dapat mengeratkan kita sesama kita terutama sesama keluarga dan kenalan semua. Ambillah peluang yang ada ini untuk kita bersama kaum keluarga kita dan sahabat-sahabat kita.

dan yang paling penting, gunakanlah aidilfitri tahun ini untuk kita bermaafan. bukan mudah kita untuk memohon maaf pada kenalan-kenalan kita. setahun selalu nya 2 kali kita diberi kesempatan, Aidilfitri dan aidiladha.. tetapi adakah kita mengambil kesempatan itu. Sudahlah kita tidak mampu melakukan demikian pada bulan-bulan yang lain, jadi gunakanlah ruang yang diberikan ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, July 21, 2014

INI MASANYA BERSAMA TERSAYANG

Bila disebut tersayang mesti difikirkan ke arah kekasihkan.. tapi tidak bagi mizzi. Di akhir-akhir bulan ramadhan inilah kita harus mengambil peluang bersama kaum keluarga kita. inilah masanya yang paling sesuai untuk kita memberikan sedikit masa kepada keluarga kita.

IBU
dalam kesibukan, kita sering lupa untuk meluangkan sedikit masa untuk wanita yang tidak pernah melupakan kita. makan kita, pakaian kita sering dijaga. tetapi kita sering lupa untuk menjaga hatinya.

Di akhir ramadhan ini, menjadi kebiasaan mizzi untuk membantu ibu dalam menyiapkan kuih raya. mungkin bagi seorang lelaki, kita tidak mahu melibatkan diri dalam perkara seperti ini. tetapi bagi mizzi, inilah caranya kita hendak luangkan sedikit masa bersama mereka. walaupun dalam kesibukan menjalankan tugas harian, tetapi pada malam hari mizzi akan ambil masa membantu ibu di dapur membuat kuih--kuih raya..

Ala.. kita juga yang nak makan.. apa salahnya kita bantu. sekurang-kurangnya dapat kita bersama ibu dan melihat ibu tersenyum dalam kepenatan yang di alaminya sepanjang ramadhan.

AYAH
Sebelum ini kita sibuk, ayah juga sibuk. tetapi di akhir ramadhan ini adakah kita masih mahu sibuk kan diri? rasanya tak salah kita ruangkan sedikit masa bersama insan yang telah bertungkus lumus bekerja demi mencari sedikit rezeki untuk kita bersama.

Selalunya di akhir ramadhan ini, ayah suka untuk mengecat rumah. inilah masanya mizzi nak bersama ayah dan ruang kan sedikit masa membantu ayah mengecat kembali ruang-ruang rumah. bukan nya selalu kita mengecat rumah, adakalanya setahun sekali pun susah. bila ada kesempatan ini, apa lah salahnya kita membantu.

***

sahabat pembaca, gunakanlah kesempatan yang ada dalam untuk kita bersama ibu bapa kita. ingatlah, sedikit masa yang kita luangkan sudah memadai bagi mereka untuk tersenyum. pulanglah seawal yang mungkin ke rumah dan ke kampung untuk bersama mereka. gunakanlah kesempatan dalam bulan mulia ini untuk lebih mengeratkan hubungan yang sedikit merenggang semasa kita sibuk dengan urusan dunia. percaya kasih ibu dan bapa tidak akan hilang. tetapi kasih kita kepada ibu bapa sering kita letakkan ditepi sementara kita sibuk dengan urusan keduniaan.

Saturday, July 12, 2014

CURILAH SEDIKIT MASA UNTUK MEREKA

Salam Ramadhan.. lama rasa tak kemaskini blog ni.. tergerak hati untuk menulis sedikit hari ini..

alhamdulillah selesai rutin harian keluarga Pak Azhar menziarah dan membersihkan kubur arwah atok mizzi (Pak Nawi) dan arwah pakcik (Cik Asim).. Sekurang-kurangnya kami akan menziarah sekali dalam masa dua minggu.. syukurnya kami masih diberi kesempatan dan kekuatan untuk menziarah.. Puasa bukan menjadi penghalang kami untuk menbersihkan kubur arwah..

Arwah pakcik lebih kurang sudah setahun meninggalkan kami. pemergiannya amat mizzi rasakan kerana dari kecil memang bersama kerana arwah pakcik dulu duduk bersama nenek. dulu mizzi membesar di rumah nenek, jadi memang merasakan kehilangan pakcik. ketiadaannya amat dirasai.

Arwah atuk pergi sejak mizzi berumur 5 tahun. tetapi perbezaan semasa atuk ada dan semasa atuk tiada amat dirasai. suasananya dahulu dan suasana hari ini tidak sama lagi. banyak yang telah pergi bersama pemergian atuk. kenangan yang atuk tinggalkan amat dirasai.

zaman sekarang, menjadi kebiasaan orang kita bila raya pertama baru menziarah kubur-kubur mereka yang telah lebih awal mendahului kita pergi ke sisi-Nya.. Mungkin masing-masing sibuk dengan urusan lain. Ambillah masa, curilah masa dari kesempatan yang ada untuk menziarah mereka..

Sekurang-kurangnya hadiah kan lah al-fatihah dan bacaan yassin untuk mereka. walaupun tak dapat menziarah, cukup sentiasa mengingati mereka dan menghadiahkan apa yang sepatutnya. Yang paling penting janganlah meratap pemergian mereka ke sisi-Nya dengan tangisan semata-mata, malah hadiahkanlah bacaan yassin kerana itu lebih baik dari kita menitiskan butir-butir mutiara kita.

Mizzi menceritakan tentang rutin ini adalah kerana kita harus ingat, kita mencorakkan kehidupan kita. dan kehidupan pula yang mewarnai pengalaman kita. dan pengalaman pula yang mengajar kita. apa yang kita lalui hari ini adalah penentu kita hari esok. apa yang kita lakukan hari ini adalah penentu apa yang akan berlaku kepada kita hari esok. "Corakanlah kehidupan yang baik hari ini supaya hari esok kita mampu tersenyum dengan warna yang kita calitkan pada hari semalam untuk kita melangkah lebih jauh ke hadapan"

Mizzi juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak seluruh umat islam dan pembaca blog mizzi ini untuk sama-sama kita doakan agar ketenteraman dan keamanan dapat dicapai secara kekal di Palestin. Doakanlah saudara kita di sana.. dan ingat "Hanya ALLAH yang kita sembah dan hanya kepada ALLAH kita meminta pertolongan"..