Saturday, October 4, 2014

SALAM AIDILADHA..


UNTUK ARTIKEL KALI INI, TIDAK ADA APA YANG INGIN DIUNGKAPKAN..
BIAR GAMBAR BERBICARA.. KERANA IA LEBIH BERKESAN..


SALAM AIDILADHA !!!

Sunday, September 14, 2014

SEGMEN BLOGLIST SEPT-OKT BY NS

NICE SEGMEN.. LET'S SUPPORT...
UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN BERMINAT UNTUK JOIN BOLEH KE LINK http://notashalimar.blogspot.com/2014/09/segmen-bloglist-sept-okt.html

Saturday, September 13, 2014

BIAR MULA DARI KOSONG !!

Masyarakat kita hari ini hanya mengikut apa yang telah ditetapkan, mengikut apa yang telah dilakukan oleh mereka terdahulu. Kehidupan kita terus menerus mengikut aturan kehidupan yang dilakukan oleh orang lama, terus mengikut peraturan perjalanan kehidupan yang telah ditetapkan dan fitrah kehidupan manusia yang telah ditentukan. Sebagai contoh mudah, kita belajar dari kecil dengan mulanya tadika dahulu, kemudian kita melangkah satu persatu, dari setahun ke setahun. Kita naik ke tahap pelajaran kita dari tahun pertama ke tahun kedua. dan terus selangkah demi selangkah. kita pula disuruh hanya mengikut peredaran waktu itu. tidak sesekali kita bergerak lebih laju daripada sistem peraturan kehidupan yang telah ditetapkan.

Tetapi sejauh mana kita mengambil berat, mengambil kisah dan mengambil peduli tentang perkara ini. melalui aturan, peraturan dan fitrah kehidupan ini sebenarnya banyak perkara untuk kita pelajari demi mengharungi kehidupan masa akan datang. Melalui ATURAN kehidupan terdahulu, PERATURAN yang telah ditetapkan dan FITRAH yang telah ditentukan, satu perkara pokok yang kita boleh pelajari iaitu BERMULALAH DARI KOSONG. Sistem kehidupan kita yang kita lalui sebenarnya banyak mengajar kita untuk bermula dari kosong. dari kita tidak tahu apa-apa sehingga la kita mahir dalam sesuatu perkara.

Malah hari ini pendebat dan pembahas terbaik sekali pun, mulanya dari kosong sama seperti kita. Dimulakan dengan mengenal huruf, dan kemudian bergerak selangkah untuk mengeja, kemudian bila sudah pandai mengeja, cuba pula membaca dan hari ini mampu bercakap dengan hebat malah boleh mempengaruhi pemikiran manusia. Begitu juga dengan pelari pecut yang juga bermula dari kosong sama seperti kita. Pada asalnya hanya cuba untuk merangkak, kemudian cuba untuk berdiri. bila sudah stabil berdiri diteruskan pula untuk cuba berjalan tapi masih bertatih sehingga betul-betul boleh berjalan dan akhir kini mampu berlari dan sentiasa memperbaharui rekod-rekod sendiri.

Apa yang sebenar ingin disampaikan melalui artikel kali ini, aturan kehidupan yang mengajar kita untuk belajar bermula dari kosong ini sebenarnya boleh membantu kita dalam kita mengharungi masa hadapan. cuma bezanya antara kita, sejauh mana kita memahami dan mengaplikasi perkara pokok ini dalam aturan dan perancangan kehidupan akan datang kita. hampir semua aspek kehidupan kita perlukan perkara pokok ini.

***

Cuba kita lihat dalam aspek kepimpinan. Mizzi memilih aspek ini untuk dikongsikan kerana aspek ini antara aspek yang rapat dan dekat dengan kehidupan mizzi secara keseluruhannya. Bagaimana perkara pokok BERMULA DARI KOSONG dapat diterapkan dalam aspek kepimpinan? Perkara pokok ini diterapkan dengan cara kita bermula dari bawah. Aspek kepimpinan dari PENYOKONG KEPUTUSAN, naik pula ke PELAKSANA KEPUTUSAN, kemudian bersama-sama MEMBUAT KEPUTUSAN dan akhirnya MENGUASAI KESELURUHAN KEPUTUSAN dan MENGETUAI KEPIMPINAN.

sekiranya mereka yang mengetuai kepimpinan ini melalui sistem kepimpinan yang bermula dari bawah dan bergerak selangkah demi selangkah, peringkat demi peringkat, percayalah bahawa keputusan yang dilakukan sudah semestinya keputusan yang mampu mendahului TUNTUTAN penyokong keputusan dan merasai KEPERITAN pelaksana keputusan dan akhirnya keputusan yang dilakukan pastinya keputusan yang memberi kesan yang baik dan positif melalui pertimbangan dan pandangan semua peringkat dan aspek dalam sesebuah sistem kepimpinan. tetapi sekiranya sesorang itu terus diberi kepercayaan untuk terus mengetuai kepimpinan tanpa diberi peluang untuk merasai keluhan di setiap peringkat, maka ambillah jalan sendiri untuk mempelajari dan bersama-sama mereka yang berada di bawah. percayalah perkara itu bakal membawa sesiapa sahaja merasai kehidupan mereka yang berada di peringkat kepimpinan yang lain. Keputusan sudah semestinya merangkumi dan mencakupi segala aspek dan pandangan di setiap peringkat dalam sistem kepimpinan yang kita cipta sendiri.

***

Banyak lagi aspek lain yang boleh kita mula dari kosong untuk kita mencapai kejayaan yang memberi kesan baik kepada kehidupan kita. cuma perkara yang kita perlu faham, setiap perjalanan kehidupan kita adalah pembelajaran berterusan untuk kita. "Belajarlah dari kehidupan hari semalam, laluilah kehidupan hari ini, dan rancanglah kehidupan hari esok"

perkongsian bersama dari,

Friday, September 5, 2014

DI SITULAH TEMPAT DAN MASANYA

Pelik-pelik je kan tajuk artikel kali ni.. agak entah apa-apa entah.. hehe.. Bukan apa, kali ni mizzi nak sentuh sedikit berkenaan tempat dan masa terbaik untuk kita melihat perkara dan personaliti kita di luar pengetahuan kita selama ini. Malah untuk artikel kali ini, mizzi ingin kongsikan bila dan di mana sebenarnya tempat dan masa yang sesuai untuk kita cungkil bakat baru, timba ilmu baru, dan cari kemahiran baru untuk kegunaan kita masa hadapan.

Mizzi selalu menerbitkan artikel berdasarkan pengalaman dan perkara-perkara yang mizzi sendiri pernah lalui. Mizzi lihat sekarang, keadaan Mahasiswa di Universiti sangat biasa dan mereka hanya mengamalkan rutin biasa yang senang untuk mereka lalui. Bangun pagi ke KELAS, selesai kelas balik MAKAN dan lepas makan balik BILIK.. dan itulah yang dilalui hari2 tanpa kita sedar rutin harian yang biasa ini sebenarnya tidak membantu kita dalam kita menggali perkara-perkara yang tersirat yang tidak kita nampak keberadaannya dalam diri kita. Sedangkan perkara itu amat penting untuk kita gunakan pada masa akan datang.

Ini antara pengalaman yang mizzi boleh kongsikan bersama dalam ruang yang mizzi bina ini untuk kita sama-sama berkongsi. Ini antara jawatan yang pernah disandang dan aktiviti bukan akademik yang pernah mizzi terlibat secara langsung semasa di Universiti

2013 – 2014 : President of Persatuan Kejuruteraan Awam
2012 – 2013 : President of Sekretariat Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam.
2011 – 2012 : President of Persatuan Kejuruteraan Awam
2011 – 2012 : Campus Student Representative Election candidate
2011 – 2012 : Secretary of Nexus of Science and Technology Student Association.
2010 - 2011 : Secretariat of ‘Tugas-Tugas Khas’ of Persatuan Kejuruteraan Awam.
2010 – 2011 : Vice President Nexus of Science and Technology Student Association.

Dengan jawatan yang disandang itu, sudah pastilah mizzi bergiat aktif dalam semua urusan dan aktiviti yang berada dibawah persatuan yang terlibat. Mizzi juga bergiat secara aktif dalam menguruskan Minggu Orientasi Universiti hampir setiap tahun dan setiap semester dan kemudian mizzi juga terlibat dalam mengendalikan Ambang Merdeka Festival Kemerdekaan Universiti pada tahun 2010. Di fakulti pula mizzi terlibat secara langsung dalam semua aktiviti bukan akademik dan program-program anjuran fakulti dan persatuan.

***

Apa yang ingin mizzi sampaikan, semasa kita dalam tempoh pembelajaran kita terutama semasa kita di Universiti atau mana-mana peringkat IPT, di situlah tempat dan masanya untuk kita mencari perkara-perkara yang terpendam. selain kita belajar di dalam kelas subjek-subjek pengajian yang kita ambil, kita perlu untuk memberikan ruang masa kita untuk kita cari kelebihan diri dan kita menimba pengetahuan dan ilmu luar bidang pembelajaran kita. Kemahiran Insaniah atau lebih dipanggil softskills sepatutnya kita bina semasa kita di Universiti. dari sudut komunikasi, jalinan dan jaringan industri, kemahiran dalam bermasyarakat dan berorganisasi, kemahiran-kemahiran lain yang mampu memberi isi kepada kita dan mencantikkan our own CV untuk kita bawa selepas kita tamat pengajian nanti.

Sebenarnya mizzi mula sambung belajar mizzi ke peringkat universiti semasa 2008 lagi. Mizzi telah menghabiskan masa mizzi selama 2 tahun pada 2008 dan 2009 menjadi pelajar yang biasa-biasa. melalui rutin harian yang biasa dan membuat perkara yang sama tiap-tiap hari. Bila mizzi sedar bahawa kita tidak boleh mengikut mereka yang biasa-biasa itu, kita kena jadi luar biasa. dan kemudian mizzi mula berjinak mengaktifkan diri dalam aktiviti bukan akademik di Universiti. dan kini alhamdulillah mizzi masih boleh laluinya dan masih boleh belajar. malah kini sudah melanjutkan diri ke peringkat lebih tinggi iaitu MASTER. Ingatlah sahabat-sahabat pembaca, di Universiti adalah tempat dan masanya untuk kita gain knowledge, develop softskills, dan cungkil our new talent serta perkara-perkara lain yang pasti membantu kita selepas tamat pengajian nanti. Hari ini ramai mahasiswa yang terlepas pandang dan ambil mudah perkara seperti ini kerana bagi mereka, pembelajaran itu lebih utama sedangkan selain itu banyak juga perkara lain yang menjadi keutamaan terutama untuk kita melangkah ke alam kerjaya.

"Untuk menjadi orang yang luar biasa, kita kena keluar dari keadaan selesa, hidup dengan perkara yang luar biasa"
dan kata-kata yang mizzi sering pegang "ADA ORANG MAMPU BUAT, KENAPA TIDAK AKU !!"

sekadar perkongsian bersama
dari,

Thursday, September 4, 2014

MIZZI MENANG SEGMEN BLOGLIST BY SYAZ HARZAYS MINME

Alhamdulillah. tak sangka boleh menang Segmen ini. baru first time join segmen2 dalam kalangan Bloggers ni, then tak sangka menang..

Thank you Syaz Harzays Minme sebab memberi peluang untuk join your segmen dan memberi ruang untuk menang.. hehe..

Korang yang join boleh check senarai pemenang di
http://syazdanny2329.blogspot.com/2014/09/pengumuman-pemenang-segmen-bloglist-by.html

Saturday, August 30, 2014

KEPERCAYAAN MEMBAWA KEPADA KEMERDEKAAN

Malaysia atau lebih tepat TANAH MELAYU sudah hampir masuk 57 tahun MERDEKA... tapi sedarkah kita antara faktor utama yang membawa kita kepada 57 tahun merdekanya kita. Kepercayaan? betul ke kepercayaan yang membawa kemerdekaan kepada kita?

Masihkah kita ingat, rakyat telah diberi kepercayaan untuk melantik kepimpinan yang bakal membawa kita ke arah kemerdekaan. rakyat pula memberi kepercayaan kepada pemimpin untuk mengerakkan seluruhnya di bawah pimpinan yang telah diberi kepercayaan. Rakyat juga telah memberi kepercayaan kepada kepimpinan ketika itu untuk berurusan dengan penjajah untuk mendapatkan kemerdekaan.

Dan yang paling PENTING pemimpin dan rakyat TANAH MELAYU ketika itu memberi kepercayaan kepada bangsa lain agar memberikan juga kepercayaan kepada kita dan akhirnya wujudlah perjanjian KONTRAK SOSIAL dan kesepakatan yang membawa kepada penyatuan untuk memperjuangkan dan mendapatkan kemerdekaan.

Hari ini kita harus jaga kemerdekaan agar kita dapat terus merasa kenikmatan kemerdekaan yang ayahanda dan bonda kita perjuangkan. KEPERCAYAAN harus terus dibawah jagaan agar perjuangan orang lama tidak kita sia-siakan. jangan kita mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh orang terdahulu dari kita agar mempertahankan kemerdekaan.

kerana kita perlu ingat mempertahankan kemerdekaan itu lebih jauh sukarnya dari mendapatkan dan memperjuangkan kemerdekaan. Masih dalam ingatan, kata-kata mantan Perdana Menteri kita yang kita tahu kehebatan semasa memegang tampuk kepimpinan.

Kata Tun Dr Mahathir "RUPANYA SELAIN MEMERDEKAKAN,MENGISI KEMERKDEKAAN ITU JAUH LEBIH SENGSARA. - PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI"

***

Di sini mizzi mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke-57. semoga kemerdekaan hari ini terus memberi semangat dan galakan kepada kita untuk kemerdekaan itu terus dipertahankan.

terima kasih kepada KKMM di atas sumbangan gambar ini..

Ingatlah, KEPERCAYAAN itu juga sebuah cinta yang membawa kita kenikmatan kemerdekan yang kita rasa. dan Cinta inilah yang mewujudkan keamanan dan kemakmuran di Malaysia. maka MALAYSIA, DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA !!!

ikhlas oleh,

Thursday, August 28, 2014

SEGMEN JOM BLOGWALK ! #2 by MELLYA

JOM BERBLOGWALK DAN SUPPORT THIS SEGMEN..

SEGMEN INI BOLEH DILIHAT DI
http://mellyareenza.blogspot.com/2014/08/segmen-jom-blogwalk-2-by-mellya.html

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BY SYAZ HARZAYS MINME

NICE SEGMEN.. SEMOGA DAPAT MELUASKAN KENALAN DALAM ALAM CYBER INI.

JANGAN LUPA BERSAMA-SAMA SUPPORT SEGMEN INI DI

http://syazdanny2329.blogspot.com/2014/08/segmen-pencarian-bloglist-by-syaz.html

BILA HIKMAH SEKADAR DI MULUT

Hari ini, zaman kini, mesti kita sering terdengar ungkapan "ada HIKMAH jadi macam tu", "banyak HIKMAH nya jadi macam ini".. terutamanya bila sesuatu kecelakaan atau perkara buruk berlaku. Ungkapan-ungkapan seperti ini adalah ungkapan pertama kita bila kita melalui kecelakaan itu atau kita hendak memberi semangat dan nasihat kepada mereka yang melalui saat-saat sukar itu.

secara tersuratnya, kita berjaya dalam menyebut ungkapan biasa ini. tetapi, adakah kita betul-betul mempelajari dari perkara tersirat dari ungkapan itu. Sebab itu Mizzi katakan, HIKMAH itu hari ini hanya sekadar di mulut. malah ada yang terus merungut. tidak pernah belajar dari apa yang telah ditentukan.

Sepatutnya, kita bukan sekadar ungkapkan. kita boleh belajar dari kesilapan atau kecelakaan yang telah ditentukan. memang benar punya hikmah tetapi hikmah itu untuk direnungi dan dipelajari. semoga kita tidak terus melakukan kesilapan kita sendiri.

Belajarlah dari HIKMAH yang terselindung di sebalik apa yang telah berlaku. setiap yang berlaku ada hikmah yang hikmah itu datangnya untuk kita tahu apa yang perlu kita lakukan dan kita elakkan. kalau kita hanya letakkan HIKMAH itu sekadar di mulut, maka percayalah perkara sama yang tidak dituntut, pasti akan kita terus merungut bila kehadirannya tidak disahut.

maka kita akan terus ditakuk lama kerana tidak mahu mengambil pengajaran dari apa yang kita sendiri lalui.
"HIKMAH itu untuk dipelajari, Bukan semata-mata untuk diungkapi"

oleh,

Saturday, August 16, 2014

KEHIDUPAN ITU PILIHAN ??

Sekiranya kehidupan ditafsirkan oleh Mizzi dengan hanya satu perkataan, mizzi akan katakan kehidupan itu 'PILIHAN'. Kehidupan ini adalah semuanya berteraskan pilihan kita. malah kewujudan kita dalam muka bumi ini juga sebuah pilihan yang kita sendiri buat di mana kita telah memilih untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Segala yang kita lakukan di dunia ini, mizzi suka kaitkan dengan pilihan. Perjalanan kehidupan kita ini adalah sebuah pilihan. Sebagai contoh mudah, kita nak makan nasi. Sama ada kita mahu akan menggunakan sudu garfu atau menggunakan tangan itu adalah pilihan kita. Bukanlah sebenarnya itu satu budaya atau apa, tetapi itu yang kita pilih. malah budaya itu juga dicipta melalui pilihan orang-orang dahulu. Itu hanyalah contoh biasa dan mudah. banyak lagi kehidupan kita ini sebenarnya sebuah pilihan kita yang mencorakkan pengalaman kita.

Cuma beza dan uniknya antara kita adalah pemilihan yang kita lakukan. Sama ada pilihan itu pilihan yang baik atau buruk, pilihan itu menarik atau membosankan, sama ada dalam keterpaksaan atau sukarela, dalam pengaruh atau luar pengaruh, dalam kewarasan pemikiran atau hanya sekadar emosi. itu semua bakal mempengaruhi kehidupan kita.

Dalam kehidupan mizzi sendiri, saat paling sukar untuk membuat pilihan adalah semasa ingin menyambungkan pelajara ke peringkat lebih tinggi selepas SPM. Kerana pilihan kita ketika itu adalah pilihan yang menentukan masa depan kita. yang menetukan siapa kita esok.

***

Mizzi sendiri dahulu pernah membantu dan bersama sebuah family ini di mana Ibu Bapa mahukan anak mereka mengikut bidang yang diminati oleh mereka. Si Ibu mahu anak pilih bidang yang Ibu suka dan Si Bapa juga mahu anak pilih bidang yang Bapa suka. Tetapi pilihan Ibu Bapa itu tidak padan dengan keputusan yang diperolehi anak mereka. Mizzi dapat merasakan Si Anak melalui jalan yang sukar ketika itu, malah mizzi sendiri yang hanya membantu ini juga melalui jalan yang sukar untuk memberi penerangan kepada family itu. Akhirnya sehingga kini, pelajaran anaknya tidak ke mana dan terus tergantung.

Mizzi sendiri melalui keadaan yang sukar semasa membuat pilihan sambung pelajaran. Tetapi permasalahan itu bukan datang dari Ibu Bapa mizzi. datangnya adalah dari Pakcik Makcik Sepupu Sepapat mizzi. Tetapi Alhamdulillah mizzi tekad kan diri untuk mengikut pilihan sendiri. And Now i am who i am today.. hehe

***

Adakala pilihan yang kita pilih haruslah mengikut kelayakan dan syarat-syaratnya. Terutamanya bagi kita Umat ISLAM, pilihan kita mestilah mengikut syariat dan pilihan kita harus dilihat mana yang dibenarkan dan mana yang tidak mengikut tuntutan agama kita. Di sini lah kita perlu lihat pilihan itu harus dibuat dengan baik.

Sahabat-sahabat pembaca, kita harus ingat kehidupan atau pilihan kita hari ini adalah penentu siapa kita esok hari. Kita perlu faham pilihan kita hari ini adalah penentu ke mana kita esok hari. Pilihan kita buat hari ini adalah penentu kepada apa yang akan berlaku kepada kita esok hari. so, pilihan yang kita buat itu perlulah dibuat dengan baik dan telah mengambil kira segala sudut dan kemungkinan yang akan berlaku.

Kerana apa??
kerana "PILIHAN KITA, MASA DEPAN KITA!!"

oleh,

Saturday, July 26, 2014

Ramadhan Mencabar Menantikan Aidilfitri Bermakna

Ramadhan tahun ini amat mencabar bagi mizzi. setiap hari terpaksa melalui keadaan yang tidak diingini. Keadaan usus yang tidak baik menyebabkan puasa tahun ini amat mencabar.

Dahulunya semasa 17 tahun betul-betul hampir sebelum SPM, mizzi mengalami masalah kesihatan yang melibatkan usus.. Usus membengkak sehingga mengalami masalah untuk berjalan. Mulai hari itulah, makanan dan masa makan perlu dijaga.. ditambah pula dengan masalah gastrik. silap makan, lambat makan pasti akan menjadi masalah kepada mizzi.

Walau bagaimanapun, alhamdulillah puasa tahun ini masih dapat dijalankan dan dilalui dengan baik. Mizzi harap, sahabat-sahabat pembaca semua melalui ramadhan dengan sempurna. sekarang semakin hampir ke penghujungnya. kini tinggal sehari dua sahaja lagi. Semoga usaha kita dan amal kita diberkati ALLAH.

***

agak-agak dah tua nanti izzi camni ke ek? haha.. Inshaa Allah kita akan menyusuri bulan Syawal. Oleh itu mizzi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir & Batin..

Harap ucapan ini tak awal sangat. Ucap awal ni sebab takut malam raya busy. jadi risau tak dapat nak kemaskini blog ni. so semoga syawal tahun ini dapat mengeratkan kita sesama kita terutama sesama keluarga dan kenalan semua. Ambillah peluang yang ada ini untuk kita bersama kaum keluarga kita dan sahabat-sahabat kita.

dan yang paling penting, gunakanlah aidilfitri tahun ini untuk kita bermaafan. bukan mudah kita untuk memohon maaf pada kenalan-kenalan kita. setahun selalu nya 2 kali kita diberi kesempatan, Aidilfitri dan aidiladha.. tetapi adakah kita mengambil kesempatan itu. Sudahlah kita tidak mampu melakukan demikian pada bulan-bulan yang lain, jadi gunakanlah ruang yang diberikan ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, July 21, 2014

INI MASANYA BERSAMA TERSAYANG

Bila disebut tersayang mesti difikirkan ke arah kekasihkan.. tapi tidak bagi mizzi. Di akhir-akhir bulan ramadhan inilah kita harus mengambil peluang bersama kaum keluarga kita. inilah masanya yang paling sesuai untuk kita memberikan sedikit masa kepada keluarga kita.

IBU
dalam kesibukan, kita sering lupa untuk meluangkan sedikit masa untuk wanita yang tidak pernah melupakan kita. makan kita, pakaian kita sering dijaga. tetapi kita sering lupa untuk menjaga hatinya.

Di akhir ramadhan ini, menjadi kebiasaan mizzi untuk membantu ibu dalam menyiapkan kuih raya. mungkin bagi seorang lelaki, kita tidak mahu melibatkan diri dalam perkara seperti ini. tetapi bagi mizzi, inilah caranya kita hendak luangkan sedikit masa bersama mereka. walaupun dalam kesibukan menjalankan tugas harian, tetapi pada malam hari mizzi akan ambil masa membantu ibu di dapur membuat kuih--kuih raya..

Ala.. kita juga yang nak makan.. apa salahnya kita bantu. sekurang-kurangnya dapat kita bersama ibu dan melihat ibu tersenyum dalam kepenatan yang di alaminya sepanjang ramadhan.

AYAH
Sebelum ini kita sibuk, ayah juga sibuk. tetapi di akhir ramadhan ini adakah kita masih mahu sibuk kan diri? rasanya tak salah kita ruangkan sedikit masa bersama insan yang telah bertungkus lumus bekerja demi mencari sedikit rezeki untuk kita bersama.

Selalunya di akhir ramadhan ini, ayah suka untuk mengecat rumah. inilah masanya mizzi nak bersama ayah dan ruang kan sedikit masa membantu ayah mengecat kembali ruang-ruang rumah. bukan nya selalu kita mengecat rumah, adakalanya setahun sekali pun susah. bila ada kesempatan ini, apa lah salahnya kita membantu.

***

sahabat pembaca, gunakanlah kesempatan yang ada dalam untuk kita bersama ibu bapa kita. ingatlah, sedikit masa yang kita luangkan sudah memadai bagi mereka untuk tersenyum. pulanglah seawal yang mungkin ke rumah dan ke kampung untuk bersama mereka. gunakanlah kesempatan dalam bulan mulia ini untuk lebih mengeratkan hubungan yang sedikit merenggang semasa kita sibuk dengan urusan dunia. percaya kasih ibu dan bapa tidak akan hilang. tetapi kasih kita kepada ibu bapa sering kita letakkan ditepi sementara kita sibuk dengan urusan keduniaan.

Saturday, July 12, 2014

CURILAH SEDIKIT MASA UNTUK MEREKA

Salam Ramadhan.. lama rasa tak kemaskini blog ni.. tergerak hati untuk menulis sedikit hari ini..

alhamdulillah selesai rutin harian keluarga Pak Azhar menziarah dan membersihkan kubur arwah atok mizzi (Pak Nawi) dan arwah pakcik (Cik Asim).. Sekurang-kurangnya kami akan menziarah sekali dalam masa dua minggu.. syukurnya kami masih diberi kesempatan dan kekuatan untuk menziarah.. Puasa bukan menjadi penghalang kami untuk menbersihkan kubur arwah..

Arwah pakcik lebih kurang sudah setahun meninggalkan kami. pemergiannya amat mizzi rasakan kerana dari kecil memang bersama kerana arwah pakcik dulu duduk bersama nenek. dulu mizzi membesar di rumah nenek, jadi memang merasakan kehilangan pakcik. ketiadaannya amat dirasai.

Arwah atuk pergi sejak mizzi berumur 5 tahun. tetapi perbezaan semasa atuk ada dan semasa atuk tiada amat dirasai. suasananya dahulu dan suasana hari ini tidak sama lagi. banyak yang telah pergi bersama pemergian atuk. kenangan yang atuk tinggalkan amat dirasai.

zaman sekarang, menjadi kebiasaan orang kita bila raya pertama baru menziarah kubur-kubur mereka yang telah lebih awal mendahului kita pergi ke sisi-Nya.. Mungkin masing-masing sibuk dengan urusan lain. Ambillah masa, curilah masa dari kesempatan yang ada untuk menziarah mereka..

Sekurang-kurangnya hadiah kan lah al-fatihah dan bacaan yassin untuk mereka. walaupun tak dapat menziarah, cukup sentiasa mengingati mereka dan menghadiahkan apa yang sepatutnya. Yang paling penting janganlah meratap pemergian mereka ke sisi-Nya dengan tangisan semata-mata, malah hadiahkanlah bacaan yassin kerana itu lebih baik dari kita menitiskan butir-butir mutiara kita.

Mizzi menceritakan tentang rutin ini adalah kerana kita harus ingat, kita mencorakkan kehidupan kita. dan kehidupan pula yang mewarnai pengalaman kita. dan pengalaman pula yang mengajar kita. apa yang kita lalui hari ini adalah penentu kita hari esok. apa yang kita lakukan hari ini adalah penentu apa yang akan berlaku kepada kita hari esok. "Corakanlah kehidupan yang baik hari ini supaya hari esok kita mampu tersenyum dengan warna yang kita calitkan pada hari semalam untuk kita melangkah lebih jauh ke hadapan"

Mizzi juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak seluruh umat islam dan pembaca blog mizzi ini untuk sama-sama kita doakan agar ketenteraman dan keamanan dapat dicapai secara kekal di Palestin. Doakanlah saudara kita di sana.. dan ingat "Hanya ALLAH yang kita sembah dan hanya kepada ALLAH kita meminta pertolongan"..

Sunday, February 2, 2014

SUDUT POSITIF DISEBALIK TAHUN KUDA

Salam rakan-rakan blogger..

Selepas mizzi make over blog, langsung menyepi kn.. hehe.. bese la lumrah seorang student.. camni la.. asyik hilang dan busy je.. bru je abis exam tempoh hari then sambung ngan program-program persatuan.. Skang ni Tahun Baru Cina ni baru la start cuti.. tengah cuti sem skang ni..

so permulaan cuti dengan tahun baru cina ni, tahun ni tahun kuda kan.. mengikut kebudayaan cina, kuda melambangkan kebangsawanan, kecepatan, ketangkasan dan ketekunan. Mereka melihat orang yang lahir pada tahun kuda ini adalah mereka yang pintar, bertutur kata luar biasa dan mempunyai keupayaan dan bakat untuk mempengaruhi orang lain untuk mendapatkan sesuatu.

Pada tahun 2014, kebudayaan cina meletakkan orang-orang yang lahir pada tahun kuda mampu memberi idea-idea kreatif dan inovatif terutama dalam bidang kerja masing-masing. dengan berbekalkan idea-idea kreatif, masa depan orang-orang yang lahir pada tahun kuda dilihat boleh mencapai masa depan yang cerah.

Dalam kebudayaan cina juga, kewangan orang-orang lahir pada tahun kuda bakal stabil jika pandai menguruskan kewangan dengan baik. kerana orang yang lahir pada tahun kuda dilihat kejayaan nya mudah datang dan mudah pergi. maka menabunglah sebaik mungkin agar perkara sebegini tidak akan berlaku..

bagi mahasiswa dan pelajar pula, dilihat tahun ini perlu lebih tekun dan fokus dalam pembelajaran kerana banyak anasir-anasir luar yang bakal menganggu gugat pembelajran mahasiswa. orang yang lahir tahun kuda dilihat mudah terpengaruh dengan sosial dan dunia luar sehingga mampu mengganggu pembelajaran

Mizzi melihat perkara ini dengan positif. kepada seluruh pembaca, marilah kita melihat perkara ini ke arah positif. bukan untuk kita mempercayai kebudayaan ini tetapi untuk kita belajar dan ambil ia sebagai satu titik tolak kejayaan kita. Kepada umat islam, memang benar segala-galanya ditentukaan Allah tetapi sudut positif kebudayaan mereka ini sebenarnya mampu membawa kita ke arah kejayaan yang kita mahukan.

kalau kita letakkan sifat2 kecepatan, ketangkasan, ketekunan, berusaha kearah kepintaran diri, bertutur dengan lebih baik, kita pasti akan disegani orang sekeliling. Kita perkuatkan idea kreatif dan inovatif kita, kita perbetulkan cara pengurusan kewangan kita dan kita fokus pada pelajaran kita, percayalah kita mampu mencapai kejayaan kita.

Bagi mizzi, perkara ini bukan saja perlu dilihat oleh mereka yang lahir pada tahun kuda sahaja tetapi semua perlu lihat sudut positif untuk kebaikan dan kejayaan masing-masing.