Friday, September 20, 2013

JANJI YANG DI KHIANATI !!

"Beralih Kain di Balik Rumah, Beralih Cakap di Balik Lidah"

Betul ke apa yang dimaksudkan dengan maksud yang disampaikan di sebalik peribahasa ini?
Itulah masalah manusia hari ini. JANJI di ibarat sebagai bahan mainan. Janji dijadikan bahan gurauan. Janji dimungkiri, perhubungan dikhianati.

ramai hari ini dalam kalangan kita yang "Murah di Mulut, Mahal di Timbangannya", "Kata Tidak Dipegangnya, Janji Tidak Ditepatinya". Penceraian menjadi pengakhiran, persaudaraan bermusuh-musuhan, persahabatan tiada kekalan. Sedar atau tidak ini berpunca daripada JANJI YANG DIKHIANATI.

Sedar atau tidak.. "Titian Biasa Lapuk, Janji Biasa Mungkir" . mereka yang sering memungkiri janji ini bila sampai waktu nya, tidak ramai lagi yang mampu mempercayai kata-katanya. menjadi permasalahan kerana segelintir mereka ini sebenarnya mampu memburukkan keadaan yang telah kita bina dengan baik.

Beringatlah "Adat Diisi, Janji Dilabuh", "Ya Sepanjang Hari, Janji Sepanjang Jalan".

Ada pepatah mengatakan "Kerbau Dipegang Pada talinya, Manusia Dipegang Pada janjinya". apa yang boleh dikatakan, mereka yang memungkiri dan mengkhianati janji, barangkali KERBAU lebih baik daripada mereka. Bukan saya kata, pepatah ini yang mengatakannya.

Berpeganglah pada janji. sekiranya kita sudah tidak mampu berpegang pada janji yang kita ungkapi, berterus teranglah agar mereka tidak merasa dikhianati. Jangan biarkan mereka mengetahui nya sendiri kerana itu mampu menyakiti. keadaan itu sebenarnya keadaan yang sangat dibenci.

"Kata Dulu Bertepati, Kata Kemudian Berceraian".

5 comments:

Anak Pantai said...

sabarlah duhai ht

Mizzi Ifwat said...

Yup.. dalam kesabaran tu orang lama kata "Biarlah Seperti Pohon Bambu di Tiup Angin"..

Sanggup menderita kesusahan.. apabila kesusahan telah berlalu mampu menegakkan kembali kepalanya.. itulah erti sebuah kesabaran

Hishyamuddin said...

skrng ni janji da mcm mainan, mungkir janji da mcm perkara biasa pulak..huhu

BUNDA a.k.a KN said...

assalam, salam ukhuwah dari bunda...

Mizzi Ifwat said...

hishyamuddin ~
org kata "apa payahnya menggoyangkan lidah sahaja" tp ble buat punya la susah..

BUNDA ~
salam mesra dr admin