Monday, July 21, 2014

INI MASANYA BERSAMA TERSAYANG

Bila disebut tersayang mesti difikirkan ke arah kekasihkan.. tapi tidak bagi mizzi. Di akhir-akhir bulan ramadhan inilah kita harus mengambil peluang bersama kaum keluarga kita. inilah masanya yang paling sesuai untuk kita memberikan sedikit masa kepada keluarga kita.

IBU
dalam kesibukan, kita sering lupa untuk meluangkan sedikit masa untuk wanita yang tidak pernah melupakan kita. makan kita, pakaian kita sering dijaga. tetapi kita sering lupa untuk menjaga hatinya.

Di akhir ramadhan ini, menjadi kebiasaan mizzi untuk membantu ibu dalam menyiapkan kuih raya. mungkin bagi seorang lelaki, kita tidak mahu melibatkan diri dalam perkara seperti ini. tetapi bagi mizzi, inilah caranya kita hendak luangkan sedikit masa bersama mereka. walaupun dalam kesibukan menjalankan tugas harian, tetapi pada malam hari mizzi akan ambil masa membantu ibu di dapur membuat kuih--kuih raya..

Ala.. kita juga yang nak makan.. apa salahnya kita bantu. sekurang-kurangnya dapat kita bersama ibu dan melihat ibu tersenyum dalam kepenatan yang di alaminya sepanjang ramadhan.

AYAH
Sebelum ini kita sibuk, ayah juga sibuk. tetapi di akhir ramadhan ini adakah kita masih mahu sibuk kan diri? rasanya tak salah kita ruangkan sedikit masa bersama insan yang telah bertungkus lumus bekerja demi mencari sedikit rezeki untuk kita bersama.

Selalunya di akhir ramadhan ini, ayah suka untuk mengecat rumah. inilah masanya mizzi nak bersama ayah dan ruang kan sedikit masa membantu ayah mengecat kembali ruang-ruang rumah. bukan nya selalu kita mengecat rumah, adakalanya setahun sekali pun susah. bila ada kesempatan ini, apa lah salahnya kita membantu.

***

sahabat pembaca, gunakanlah kesempatan yang ada dalam untuk kita bersama ibu bapa kita. ingatlah, sedikit masa yang kita luangkan sudah memadai bagi mereka untuk tersenyum. pulanglah seawal yang mungkin ke rumah dan ke kampung untuk bersama mereka. gunakanlah kesempatan dalam bulan mulia ini untuk lebih mengeratkan hubungan yang sedikit merenggang semasa kita sibuk dengan urusan dunia. percaya kasih ibu dan bapa tidak akan hilang. tetapi kasih kita kepada ibu bapa sering kita letakkan ditepi sementara kita sibuk dengan urusan keduniaan.

No comments: