Saturday, July 12, 2014

CURILAH SEDIKIT MASA UNTUK MEREKA

Salam Ramadhan.. lama rasa tak kemaskini blog ni.. tergerak hati untuk menulis sedikit hari ini..

alhamdulillah selesai rutin harian keluarga Pak Azhar menziarah dan membersihkan kubur arwah atok mizzi (Pak Nawi) dan arwah pakcik (Cik Asim).. Sekurang-kurangnya kami akan menziarah sekali dalam masa dua minggu.. syukurnya kami masih diberi kesempatan dan kekuatan untuk menziarah.. Puasa bukan menjadi penghalang kami untuk menbersihkan kubur arwah..

Arwah pakcik lebih kurang sudah setahun meninggalkan kami. pemergiannya amat mizzi rasakan kerana dari kecil memang bersama kerana arwah pakcik dulu duduk bersama nenek. dulu mizzi membesar di rumah nenek, jadi memang merasakan kehilangan pakcik. ketiadaannya amat dirasai.

Arwah atuk pergi sejak mizzi berumur 5 tahun. tetapi perbezaan semasa atuk ada dan semasa atuk tiada amat dirasai. suasananya dahulu dan suasana hari ini tidak sama lagi. banyak yang telah pergi bersama pemergian atuk. kenangan yang atuk tinggalkan amat dirasai.

zaman sekarang, menjadi kebiasaan orang kita bila raya pertama baru menziarah kubur-kubur mereka yang telah lebih awal mendahului kita pergi ke sisi-Nya.. Mungkin masing-masing sibuk dengan urusan lain. Ambillah masa, curilah masa dari kesempatan yang ada untuk menziarah mereka..

Sekurang-kurangnya hadiah kan lah al-fatihah dan bacaan yassin untuk mereka. walaupun tak dapat menziarah, cukup sentiasa mengingati mereka dan menghadiahkan apa yang sepatutnya. Yang paling penting janganlah meratap pemergian mereka ke sisi-Nya dengan tangisan semata-mata, malah hadiahkanlah bacaan yassin kerana itu lebih baik dari kita menitiskan butir-butir mutiara kita.

Mizzi menceritakan tentang rutin ini adalah kerana kita harus ingat, kita mencorakkan kehidupan kita. dan kehidupan pula yang mewarnai pengalaman kita. dan pengalaman pula yang mengajar kita. apa yang kita lalui hari ini adalah penentu kita hari esok. apa yang kita lakukan hari ini adalah penentu apa yang akan berlaku kepada kita hari esok. "Corakanlah kehidupan yang baik hari ini supaya hari esok kita mampu tersenyum dengan warna yang kita calitkan pada hari semalam untuk kita melangkah lebih jauh ke hadapan"

Mizzi juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak seluruh umat islam dan pembaca blog mizzi ini untuk sama-sama kita doakan agar ketenteraman dan keamanan dapat dicapai secara kekal di Palestin. Doakanlah saudara kita di sana.. dan ingat "Hanya ALLAH yang kita sembah dan hanya kepada ALLAH kita meminta pertolongan"..

2 comments:

Sukma Haron said...

Setuju...selalu org kita time nak puasa @ raya baru nak jengah kawasan perkuburan...
Singgah sini...http://ceritamayapersada.blogspot.com

chegu zam said...

Ingat mati, tingkatkan amalan .. nanti sampai waktunya kita pun akan bersama mereka