Saturday, August 16, 2014

KEHIDUPAN ITU PILIHAN ??

Sekiranya kehidupan ditafsirkan oleh Mizzi dengan hanya satu perkataan, mizzi akan katakan kehidupan itu 'PILIHAN'. Kehidupan ini adalah semuanya berteraskan pilihan kita. malah kewujudan kita dalam muka bumi ini juga sebuah pilihan yang kita sendiri buat di mana kita telah memilih untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Segala yang kita lakukan di dunia ini, mizzi suka kaitkan dengan pilihan. Perjalanan kehidupan kita ini adalah sebuah pilihan. Sebagai contoh mudah, kita nak makan nasi. Sama ada kita mahu akan menggunakan sudu garfu atau menggunakan tangan itu adalah pilihan kita. Bukanlah sebenarnya itu satu budaya atau apa, tetapi itu yang kita pilih. malah budaya itu juga dicipta melalui pilihan orang-orang dahulu. Itu hanyalah contoh biasa dan mudah. banyak lagi kehidupan kita ini sebenarnya sebuah pilihan kita yang mencorakkan pengalaman kita.

Cuma beza dan uniknya antara kita adalah pemilihan yang kita lakukan. Sama ada pilihan itu pilihan yang baik atau buruk, pilihan itu menarik atau membosankan, sama ada dalam keterpaksaan atau sukarela, dalam pengaruh atau luar pengaruh, dalam kewarasan pemikiran atau hanya sekadar emosi. itu semua bakal mempengaruhi kehidupan kita.

Dalam kehidupan mizzi sendiri, saat paling sukar untuk membuat pilihan adalah semasa ingin menyambungkan pelajara ke peringkat lebih tinggi selepas SPM. Kerana pilihan kita ketika itu adalah pilihan yang menentukan masa depan kita. yang menetukan siapa kita esok.

***

Mizzi sendiri dahulu pernah membantu dan bersama sebuah family ini di mana Ibu Bapa mahukan anak mereka mengikut bidang yang diminati oleh mereka. Si Ibu mahu anak pilih bidang yang Ibu suka dan Si Bapa juga mahu anak pilih bidang yang Bapa suka. Tetapi pilihan Ibu Bapa itu tidak padan dengan keputusan yang diperolehi anak mereka. Mizzi dapat merasakan Si Anak melalui jalan yang sukar ketika itu, malah mizzi sendiri yang hanya membantu ini juga melalui jalan yang sukar untuk memberi penerangan kepada family itu. Akhirnya sehingga kini, pelajaran anaknya tidak ke mana dan terus tergantung.

Mizzi sendiri melalui keadaan yang sukar semasa membuat pilihan sambung pelajaran. Tetapi permasalahan itu bukan datang dari Ibu Bapa mizzi. datangnya adalah dari Pakcik Makcik Sepupu Sepapat mizzi. Tetapi Alhamdulillah mizzi tekad kan diri untuk mengikut pilihan sendiri. And Now i am who i am today.. hehe

***

Adakala pilihan yang kita pilih haruslah mengikut kelayakan dan syarat-syaratnya. Terutamanya bagi kita Umat ISLAM, pilihan kita mestilah mengikut syariat dan pilihan kita harus dilihat mana yang dibenarkan dan mana yang tidak mengikut tuntutan agama kita. Di sini lah kita perlu lihat pilihan itu harus dibuat dengan baik.

Sahabat-sahabat pembaca, kita harus ingat kehidupan atau pilihan kita hari ini adalah penentu siapa kita esok hari. Kita perlu faham pilihan kita hari ini adalah penentu ke mana kita esok hari. Pilihan kita buat hari ini adalah penentu kepada apa yang akan berlaku kepada kita esok hari. so, pilihan yang kita buat itu perlulah dibuat dengan baik dan telah mengambil kira segala sudut dan kemungkinan yang akan berlaku.

Kerana apa??
kerana "PILIHAN KITA, MASA DEPAN KITA!!"

oleh,

No comments: