Saturday, September 13, 2014

BIAR MULA DARI KOSONG !!

Masyarakat kita hari ini hanya mengikut apa yang telah ditetapkan, mengikut apa yang telah dilakukan oleh mereka terdahulu. Kehidupan kita terus menerus mengikut aturan kehidupan yang dilakukan oleh orang lama, terus mengikut peraturan perjalanan kehidupan yang telah ditetapkan dan fitrah kehidupan manusia yang telah ditentukan. Sebagai contoh mudah, kita belajar dari kecil dengan mulanya tadika dahulu, kemudian kita melangkah satu persatu, dari setahun ke setahun. Kita naik ke tahap pelajaran kita dari tahun pertama ke tahun kedua. dan terus selangkah demi selangkah. kita pula disuruh hanya mengikut peredaran waktu itu. tidak sesekali kita bergerak lebih laju daripada sistem peraturan kehidupan yang telah ditetapkan.

Tetapi sejauh mana kita mengambil berat, mengambil kisah dan mengambil peduli tentang perkara ini. melalui aturan, peraturan dan fitrah kehidupan ini sebenarnya banyak perkara untuk kita pelajari demi mengharungi kehidupan masa akan datang. Melalui ATURAN kehidupan terdahulu, PERATURAN yang telah ditetapkan dan FITRAH yang telah ditentukan, satu perkara pokok yang kita boleh pelajari iaitu BERMULALAH DARI KOSONG. Sistem kehidupan kita yang kita lalui sebenarnya banyak mengajar kita untuk bermula dari kosong. dari kita tidak tahu apa-apa sehingga la kita mahir dalam sesuatu perkara.

Malah hari ini pendebat dan pembahas terbaik sekali pun, mulanya dari kosong sama seperti kita. Dimulakan dengan mengenal huruf, dan kemudian bergerak selangkah untuk mengeja, kemudian bila sudah pandai mengeja, cuba pula membaca dan hari ini mampu bercakap dengan hebat malah boleh mempengaruhi pemikiran manusia. Begitu juga dengan pelari pecut yang juga bermula dari kosong sama seperti kita. Pada asalnya hanya cuba untuk merangkak, kemudian cuba untuk berdiri. bila sudah stabil berdiri diteruskan pula untuk cuba berjalan tapi masih bertatih sehingga betul-betul boleh berjalan dan akhir kini mampu berlari dan sentiasa memperbaharui rekod-rekod sendiri.

Apa yang sebenar ingin disampaikan melalui artikel kali ini, aturan kehidupan yang mengajar kita untuk belajar bermula dari kosong ini sebenarnya boleh membantu kita dalam kita mengharungi masa hadapan. cuma bezanya antara kita, sejauh mana kita memahami dan mengaplikasi perkara pokok ini dalam aturan dan perancangan kehidupan akan datang kita. hampir semua aspek kehidupan kita perlukan perkara pokok ini.

***

Cuba kita lihat dalam aspek kepimpinan. Mizzi memilih aspek ini untuk dikongsikan kerana aspek ini antara aspek yang rapat dan dekat dengan kehidupan mizzi secara keseluruhannya. Bagaimana perkara pokok BERMULA DARI KOSONG dapat diterapkan dalam aspek kepimpinan? Perkara pokok ini diterapkan dengan cara kita bermula dari bawah. Aspek kepimpinan dari PENYOKONG KEPUTUSAN, naik pula ke PELAKSANA KEPUTUSAN, kemudian bersama-sama MEMBUAT KEPUTUSAN dan akhirnya MENGUASAI KESELURUHAN KEPUTUSAN dan MENGETUAI KEPIMPINAN.

sekiranya mereka yang mengetuai kepimpinan ini melalui sistem kepimpinan yang bermula dari bawah dan bergerak selangkah demi selangkah, peringkat demi peringkat, percayalah bahawa keputusan yang dilakukan sudah semestinya keputusan yang mampu mendahului TUNTUTAN penyokong keputusan dan merasai KEPERITAN pelaksana keputusan dan akhirnya keputusan yang dilakukan pastinya keputusan yang memberi kesan yang baik dan positif melalui pertimbangan dan pandangan semua peringkat dan aspek dalam sesebuah sistem kepimpinan. tetapi sekiranya sesorang itu terus diberi kepercayaan untuk terus mengetuai kepimpinan tanpa diberi peluang untuk merasai keluhan di setiap peringkat, maka ambillah jalan sendiri untuk mempelajari dan bersama-sama mereka yang berada di bawah. percayalah perkara itu bakal membawa sesiapa sahaja merasai kehidupan mereka yang berada di peringkat kepimpinan yang lain. Keputusan sudah semestinya merangkumi dan mencakupi segala aspek dan pandangan di setiap peringkat dalam sistem kepimpinan yang kita cipta sendiri.

***

Banyak lagi aspek lain yang boleh kita mula dari kosong untuk kita mencapai kejayaan yang memberi kesan baik kepada kehidupan kita. cuma perkara yang kita perlu faham, setiap perjalanan kehidupan kita adalah pembelajaran berterusan untuk kita. "Belajarlah dari kehidupan hari semalam, laluilah kehidupan hari ini, dan rancanglah kehidupan hari esok"

perkongsian bersama dari,

No comments: