Saturday, August 30, 2014

KEPERCAYAAN MEMBAWA KEPADA KEMERDEKAAN

Malaysia atau lebih tepat TANAH MELAYU sudah hampir masuk 57 tahun MERDEKA... tapi sedarkah kita antara faktor utama yang membawa kita kepada 57 tahun merdekanya kita. Kepercayaan? betul ke kepercayaan yang membawa kemerdekaan kepada kita?

Masihkah kita ingat, rakyat telah diberi kepercayaan untuk melantik kepimpinan yang bakal membawa kita ke arah kemerdekaan. rakyat pula memberi kepercayaan kepada pemimpin untuk mengerakkan seluruhnya di bawah pimpinan yang telah diberi kepercayaan. Rakyat juga telah memberi kepercayaan kepada kepimpinan ketika itu untuk berurusan dengan penjajah untuk mendapatkan kemerdekaan.

Dan yang paling PENTING pemimpin dan rakyat TANAH MELAYU ketika itu memberi kepercayaan kepada bangsa lain agar memberikan juga kepercayaan kepada kita dan akhirnya wujudlah perjanjian KONTRAK SOSIAL dan kesepakatan yang membawa kepada penyatuan untuk memperjuangkan dan mendapatkan kemerdekaan.

Hari ini kita harus jaga kemerdekaan agar kita dapat terus merasa kenikmatan kemerdekaan yang ayahanda dan bonda kita perjuangkan. KEPERCAYAAN harus terus dibawah jagaan agar perjuangan orang lama tidak kita sia-siakan. jangan kita mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh orang terdahulu dari kita agar mempertahankan kemerdekaan.

kerana kita perlu ingat mempertahankan kemerdekaan itu lebih jauh sukarnya dari mendapatkan dan memperjuangkan kemerdekaan. Masih dalam ingatan, kata-kata mantan Perdana Menteri kita yang kita tahu kehebatan semasa memegang tampuk kepimpinan.

Kata Tun Dr Mahathir "RUPANYA SELAIN MEMERDEKAKAN,MENGISI KEMERKDEKAAN ITU JAUH LEBIH SENGSARA. - PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI"

***

Di sini mizzi mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke-57. semoga kemerdekaan hari ini terus memberi semangat dan galakan kepada kita untuk kemerdekaan itu terus dipertahankan.

terima kasih kepada KKMM di atas sumbangan gambar ini..

Ingatlah, KEPERCAYAAN itu juga sebuah cinta yang membawa kita kenikmatan kemerdekan yang kita rasa. dan Cinta inilah yang mewujudkan keamanan dan kemakmuran di Malaysia. maka MALAYSIA, DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA !!!

ikhlas oleh,

Thursday, August 28, 2014

SEGMEN JOM BLOGWALK ! #2 by MELLYA

JOM BERBLOGWALK DAN SUPPORT THIS SEGMEN..

SEGMEN INI BOLEH DILIHAT DI
http://mellyareenza.blogspot.com/2014/08/segmen-jom-blogwalk-2-by-mellya.html

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BY SYAZ HARZAYS MINME

NICE SEGMEN.. SEMOGA DAPAT MELUASKAN KENALAN DALAM ALAM CYBER INI.

JANGAN LUPA BERSAMA-SAMA SUPPORT SEGMEN INI DI

http://syazdanny2329.blogspot.com/2014/08/segmen-pencarian-bloglist-by-syaz.html

BILA HIKMAH SEKADAR DI MULUT

Hari ini, zaman kini, mesti kita sering terdengar ungkapan "ada HIKMAH jadi macam tu", "banyak HIKMAH nya jadi macam ini".. terutamanya bila sesuatu kecelakaan atau perkara buruk berlaku. Ungkapan-ungkapan seperti ini adalah ungkapan pertama kita bila kita melalui kecelakaan itu atau kita hendak memberi semangat dan nasihat kepada mereka yang melalui saat-saat sukar itu.

secara tersuratnya, kita berjaya dalam menyebut ungkapan biasa ini. tetapi, adakah kita betul-betul mempelajari dari perkara tersirat dari ungkapan itu. Sebab itu Mizzi katakan, HIKMAH itu hari ini hanya sekadar di mulut. malah ada yang terus merungut. tidak pernah belajar dari apa yang telah ditentukan.

Sepatutnya, kita bukan sekadar ungkapkan. kita boleh belajar dari kesilapan atau kecelakaan yang telah ditentukan. memang benar punya hikmah tetapi hikmah itu untuk direnungi dan dipelajari. semoga kita tidak terus melakukan kesilapan kita sendiri.

Belajarlah dari HIKMAH yang terselindung di sebalik apa yang telah berlaku. setiap yang berlaku ada hikmah yang hikmah itu datangnya untuk kita tahu apa yang perlu kita lakukan dan kita elakkan. kalau kita hanya letakkan HIKMAH itu sekadar di mulut, maka percayalah perkara sama yang tidak dituntut, pasti akan kita terus merungut bila kehadirannya tidak disahut.

maka kita akan terus ditakuk lama kerana tidak mahu mengambil pengajaran dari apa yang kita sendiri lalui.
"HIKMAH itu untuk dipelajari, Bukan semata-mata untuk diungkapi"

oleh,

Saturday, August 16, 2014

KEHIDUPAN ITU PILIHAN ??

Sekiranya kehidupan ditafsirkan oleh Mizzi dengan hanya satu perkataan, mizzi akan katakan kehidupan itu 'PILIHAN'. Kehidupan ini adalah semuanya berteraskan pilihan kita. malah kewujudan kita dalam muka bumi ini juga sebuah pilihan yang kita sendiri buat di mana kita telah memilih untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Segala yang kita lakukan di dunia ini, mizzi suka kaitkan dengan pilihan. Perjalanan kehidupan kita ini adalah sebuah pilihan. Sebagai contoh mudah, kita nak makan nasi. Sama ada kita mahu akan menggunakan sudu garfu atau menggunakan tangan itu adalah pilihan kita. Bukanlah sebenarnya itu satu budaya atau apa, tetapi itu yang kita pilih. malah budaya itu juga dicipta melalui pilihan orang-orang dahulu. Itu hanyalah contoh biasa dan mudah. banyak lagi kehidupan kita ini sebenarnya sebuah pilihan kita yang mencorakkan pengalaman kita.

Cuma beza dan uniknya antara kita adalah pemilihan yang kita lakukan. Sama ada pilihan itu pilihan yang baik atau buruk, pilihan itu menarik atau membosankan, sama ada dalam keterpaksaan atau sukarela, dalam pengaruh atau luar pengaruh, dalam kewarasan pemikiran atau hanya sekadar emosi. itu semua bakal mempengaruhi kehidupan kita.

Dalam kehidupan mizzi sendiri, saat paling sukar untuk membuat pilihan adalah semasa ingin menyambungkan pelajara ke peringkat lebih tinggi selepas SPM. Kerana pilihan kita ketika itu adalah pilihan yang menentukan masa depan kita. yang menetukan siapa kita esok.

***

Mizzi sendiri dahulu pernah membantu dan bersama sebuah family ini di mana Ibu Bapa mahukan anak mereka mengikut bidang yang diminati oleh mereka. Si Ibu mahu anak pilih bidang yang Ibu suka dan Si Bapa juga mahu anak pilih bidang yang Bapa suka. Tetapi pilihan Ibu Bapa itu tidak padan dengan keputusan yang diperolehi anak mereka. Mizzi dapat merasakan Si Anak melalui jalan yang sukar ketika itu, malah mizzi sendiri yang hanya membantu ini juga melalui jalan yang sukar untuk memberi penerangan kepada family itu. Akhirnya sehingga kini, pelajaran anaknya tidak ke mana dan terus tergantung.

Mizzi sendiri melalui keadaan yang sukar semasa membuat pilihan sambung pelajaran. Tetapi permasalahan itu bukan datang dari Ibu Bapa mizzi. datangnya adalah dari Pakcik Makcik Sepupu Sepapat mizzi. Tetapi Alhamdulillah mizzi tekad kan diri untuk mengikut pilihan sendiri. And Now i am who i am today.. hehe

***

Adakala pilihan yang kita pilih haruslah mengikut kelayakan dan syarat-syaratnya. Terutamanya bagi kita Umat ISLAM, pilihan kita mestilah mengikut syariat dan pilihan kita harus dilihat mana yang dibenarkan dan mana yang tidak mengikut tuntutan agama kita. Di sini lah kita perlu lihat pilihan itu harus dibuat dengan baik.

Sahabat-sahabat pembaca, kita harus ingat kehidupan atau pilihan kita hari ini adalah penentu siapa kita esok hari. Kita perlu faham pilihan kita hari ini adalah penentu ke mana kita esok hari. Pilihan kita buat hari ini adalah penentu kepada apa yang akan berlaku kepada kita esok hari. so, pilihan yang kita buat itu perlulah dibuat dengan baik dan telah mengambil kira segala sudut dan kemungkinan yang akan berlaku.

Kerana apa??
kerana "PILIHAN KITA, MASA DEPAN KITA!!"

oleh,